Tuesday, 18 December 2012

Project Filem Taubatan Nasuha On Going Progress !

   



          Tanggal 12 june 1985,lahirlah seorang bayi lelaki yang suci dari sebarang dosa umpama sehelai kain putih lagi terhindar dari sebarang warna yang mencorakkan dari sebuah kehidupan.Bayi itu diberi nama Harman Bin Ismail oleh kedua ibu bapanya.Rahimah ibunya,adalah salah seorang pegawai tinggi di salah sebuah institusi kerajaan.Manakala bapanya Ismail sebagai Juru Perunding persendirian.Harman mempunyai seorang abang bernama Khairul Fahmi dan seorang kakak Fatin Nurdiana.


         Pada tahun 1991 dia mendapat seorang adik yang diberi nama Fariz.Harman sangat beruntung kerana memiliki empat orang adik beradik yang terdiri dari seorang abang kakak dan juga adik.Tidak seperti kebanyakkan keluarga diluar sana dimana ada yang memiliki abang tetapi tiada adik,dan ada pula yang memiliki adik tetapi tiada abang dan juga kakak..Oleh itu kesempurnaan ini adalah ketentuan Illahi yang tersirat hikmah-hikmah tertentu..



         Malang sekali diatas kesibukan kedua orang tua nya dia sering dibuli oleh khairul Fahmi.Pernah dia mengadu kepada ibu bapanya mengenai hal itu,tetapi apabila ibu bapanya tiada dirumah,Khairul fahmi akan membalas dendam lalu dia dipukul tanpa belas kasihan.Pada masa itu Harman baru berumur 8 tahun manakala Khairul fahmi berumur 14 tahun.

       Pernah suatu hari,semasa Khairul Fahmi baru pulang dari sekolah beliau ingin membuat kajian sekolah daripada subjek Sains yang dipelajarinya mengenai tindak balas minyak wangi kepada air.Kajian sekolah itu tidak lah dibuat kepada barangan yang disediakan oleh cikgunya di sekolah,sebaliknya dia mencuba kajian itu terhadap muka Harman.



       Sebelum memulakan kajian sekolah tersebut,beliau menampar-nampar muka Harman dahulu sehingga Harman berasa pedih lalu dihembuskan pula minyak wangi kepada mukanya.Ketika Harman meronta-ronta kesakitan,Khairul fahmi mengarahkan Harman untuk membasuh mukanya dengan air.Apabila dibasuh dengan air muka Harman menjadi lebih pedih diatas tindak balas minyak wangi kepada air.Khairul Fahmi hanya bergelak ketawa melihat telatah Harman yang menjerit-jerit menahan kesakitan kerana menganggap perkara itu lucu.Daripada peristiwa itu terkesanlah parut kekal pada muka Harman sehingga hari ini...



   Didalam bidang pembelajaran pula,Harman adalah antara yang tercorot di sekolah.Berbeza jika handak dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.Fatin Nurdiana dan Khairul Fahmi sentiasa mendapat markah cemerlang malah dipuji oleh guru-guru mereka.Pada masa ini Fariz masih bersekolah tadika.Mungkin keadaan sedemikian menyebabkan Harman kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya.Setiap kali berlaku perselisihan faham diantara Harman dan Fatin Nurdiana,selalunya Harman yang akan dipersalahkan.Akan tetapi Harman juga adalah seorang yang nakal disekolah malah sentiasa membuat masaalah seperti ponteng sekolah,bergaduh, dan sering menyebabkan ibunya terpaksa dipanggil ke sekolah berjumpa dengan guru disiplin untuk membincangkan mengenai perihal Harman.Setiap kali Harman membuat hal disekolah,Fatin Nurdiana juga akan turut berasa malu dengan rakan-rakan serta guru-guru kelasnya.

    Ibu dan ayah Harman pernah berjanji akan membelikan segala permintaan Khairul Fahmi,Fatin Nurdiana dan Harman sekiranya mereka berjaya mendapat keputusan cemerlang didalam peperiksaan sekolah.Kahairul Fahmi pernah mendapat komputer manakala Fatin Nurdiana pernah mendapat talifon mudah alih atau panggilan Ingerisnya sebagai 'Cordless Phone'.Diatas keputusan yang rendah Harman tidak pernah menerima apa-apa hadiah.Walaubagaimanapun setiap kali Khairul Fahmi dan Fatin Nurdiana mendapat hadiah baru,hadiah lama mereka akan diberikan kepada Harman.


    Setelah tamat sekolah rendah,Harman pun memasuki Sekolah Menegah Kebangsaan Kelana Jaya yang berdekatan dengan rumah keluarganya.Fatin Nurdiana pula bersekolah di sekolah berlainan diatas permintaannya sendiri kerana mungkin sudah tidak tahan lagi menanggung malu diatas perilaku Harman.Adiknya Fariz juga sudah bersekolah rendah manakala Khairul Fahmi sudah melanjutkan pembelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa.Di sekolah menegah,Harman masih lagi membuat hal yang sama.Baru setahun bersekolah di situ dia sudah dibuang.Di tingkatan dua dia bersekolah di Seremban iaitu Sekolah Menegah Rendah Islam Abim.Baru enam bulan berada disana Harman sudah bergaduh dengan salah seorang rakan asramanya.Didalam pergaduhan itu,Harman telah menikam rakannya dengan pemutar skru.Rakannya yang berlumuran darah dihantarkan ke Hospital.Walaupun Sekolah Abim adalah sekolah swasta,diatas perbuatan Harman dia terpaksa dibuangkan dan Harman melanjutkan pembelajarannya ke Sekolah Menegah Taman S.E.A yang berdekatan dengan rumah keluarganya.

    Ibunya Puan Rahimah sudah tidak dapat menahan kesedihan melihat anaknya Harman yang sering mendatangkan masaalah dan yang memalukan keluarga itu.Pada suatu hari ibunya keluar menuju ke sebuah pokok liar di sektitar belakang rumahnya.Dia mengambil paku dan memaku pokok tersebut menandakan kali ini dia sudah tidak tahan dengan perangai Harman sambil berdoa agar Allah S.W.T mendatangkan hidayah supaya anaknya itu insaf dan menjalani kehidupan seperti anak-anaknya yang lain.Setiap kali Harman membuatkan ibunya sedih,ibunya akan memaku lagi pokok tersebut sehingga hampir tiada ruang untuk pokok itu dipaku.Selain meminta doa,ibunya juga sentiasa mengadakan solat hajat dan sering sedekahkan bacaan Al-Quran kepada Harman.Ini lah kasih ibu yang tiada tandingnya.Maka benarlah kata pepatah iaitu Kasih Ibu dibawa hingga ke Syurga Wallahualam..


     Pada suatu hari berlaku salah faham diantara Harman dan Fariz sehingga Harman dimarahi ibu-bapanya.Semasa Harman dimarahi,Fariz sempat mengejek-ejek Harman tanda berpuas hati.Akhirnya Harman bertekad untuk membalas dendam.Pada petangnya semasa Fariz berada di sekolah Harman menyelinap masuk ke sekolah Fariz.Tiba waktu rehat Harman menghampiri Fariz lalu ditariknya ke belakang sekolah.Fariz dibelasah tanpa belas kasihan sehingga hidung dan bibirnya pecah.Melihat darah daging sendiri yang mengalir dari hidung dan bibir Fariz tidak berhenti,timbul rasa menyesal dan kasihan kepada Fariz diatas perbuatannya.Lalu Harman membawa Fariz berjumpa dengan guru sekolah untuk meminta kebenaran membawa Fariz ke klinik berdekatan dengan alasan adiknya terjatuh ke dalam longkang.Guru tersebut berasa curiga dengan kenyataan Harman lalu bertanya bagai mana Harman tahu perkara ini sedangkan Fariz di sekolah dan Harman pula dirumah.Harman bijak bermain dengan kata-kata dusta mengatakan bahawa Fariz menalifonnya sejurus terjatuh.Memang rumah keluarga Harman berdekaan dengan sekolah oleh itu maka guru tersebut percaya dan membenarkan.Fariz yang dalam ketakutan mengangguk tanda bersetuju dengan kenyataan Harman.Berbekalkan duit belanja mingguan yang diberikan oleh ayahnya ia digunakannya untuk membawa adiknya keklinik.Tiba diklinik,cerita yang sama disampaikan oleh Harman kepada doktor yang mengubati Fariz.Perkara ini tidak pernah terbongkar dan sejak hari itu beliau menyesal.Diatas keegoan seorang abang,tanda menyesal itu tidak pernah ditunjukkan kepada Fariz.





Akan bersambung tunguuuu...













No comments:

Post a Comment